Saturday, March 26, 2011

l o v e g u i t a r ~


wehweh , saya suked bermain guitar ! and ada beberapa kebaikan bermain guitar ,
aku taktau pulak ada kebaikan bermain guitar nieh , aku ingt main guitar nieh hanya untuk
seronok2 plus release tensen plus ketika dalam kebosanan , tptp ada jugak kebaikannya yerk ,
kiranya takk rugi lah aku belajar and main guitar sorang2 nieh , alhamdullilah  ~

1.Kelebihan mengunakan otak 


Untuk bermain gitar.. seorang pemain gitar itu memerlukan kedua dua belah tangan secara serentak dan ada kajian yang mengatakan dengan bermain gitar kita dapat menggunakan otak kanan dan kiri kita secara serentak... jadi  ianya dapat melatih kita untuk menggunakan otak kanan dan kiri kita secara tidak langsung.. lalu ianya dapat menambahkan pertumbuhan neuron di otak kita..

Contohnya begini.. apabila seorang pemain gitar mula memetik gitar.. mereka menggunakan kedua-dua tangan secara serentak.. dan dalam masa yang sama otak perlu berfikir untuk mengingati  kod-kod lagu dan tempo lagu dengan betul.. jadi automatically  dengan bermain gitar.. seseorang itu dapat melatih otak mereka untuk berfikir dengan lebih cepat dan tepat.. lebih-lebih lagi kepada pemain gitar yang mampu  bermain sambil menyanyi.

2.Mampu mencari cinta

Benda ni yang paling best... Dari pengalaman aku.. dengan kebolehan bermain gitar kita mampu mencari cinta sejati.. hanya dengan mengunakan kebolehan yang selalunya orang lain tidak ada ini.. kita  mampu mendapatkan cinta kita. Percaya atau tidak.. hampir semua wanita didunia ini menyukai seorang lelaki yang mahir bermain gitar... ini kerana mereka rasa terhibur apabila kita memainkan lagu-lagu cinta untuk mereka... 

Korang bayangkan.. apabila korang memetik gitar sambil menyanyi dihadapan orang yang korang suka apa akan jadi..?? ianya mampu menawan hati sidia.. So...to the Mr lonely... take note this point okay..!!!  no more mr lonely anymore... lol..

3.Mampu menghilangkan bosan!!

Dengan hanya memetik gitar kita dapat mingisi masa lapang kita tanpa dibelenggu rasa kebosanan yang terlampau.. seorang pemain gitar itu mampu menghiburkan diri mereka sendiri dengan hanya memeluk gitar kesanyangan sambil memetik lagu-lagu kegemaran mereka..

Cuba korang bayangkan.. korang berada dirumah keseorangan dan rasa kesunyian yang teramat.. mesti macam nak gila kan... tetapi.. pada seorang pemain gitar.. mereka sukar menjadi bosan.. kerana gitar kesayangan mereka ada disisi.. dan mereka boleh berkomunikasi dengan gitar mereka hanya dengan memetik tali sahaja...

Pada jiwa seorang guitarist.. gitar itu ibarat awek kedua mereka... dan mereka sukar untuk merasa keseorangan.. lagi satu.. ini ada satu rahsia... cuba lihat bentuk gitar... body gitar hampir menyerupai Body perempuan.. dan Inilah salah satu penyebab gitar boleh jadi awek kedua.... lol..gurau sket jagn mara ye.. ^_^

4.Mampu menjana pendapatan

Everything is come back to money and ringgit..!!
tahukah korang... dengan bermain gitar korang mampu menjana pendapatan dan memenuhkan periuk nasi korang... Contohnya.. korang dan kawan korang baru sahaja menghabiskan pelajaran dan tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.. oleh itu dengan hormatnya korang ditauliahkan sebagai penganggur terhormat...

Kebaikannya begini... korang mempunyai skill bermain gitar.. tetapi rakan korang tadi tidak mempunyai skill bermain gitar...jadi disitulah kelebihan yang ada pada korang yang dapat membezakan guitarist dan orang lain.. The point is...  korang boleh menggunakan skill bermain gitar yang ada dalam diri untuk mencari duit. Contohnya.. Korang boleh bermain di band-band orang kahwin dan show-show murahan.. dan paling tidak pun bolehlah.. buat busking macam kat central market tu... 

benda tu duit juga kan...  taklah macam rakan korang yang tidak mampu buat apa-apa dan terus menjadi penganggur terhormat tu.. lain lah kalau korang ada biasiswa MAS (Mak Ayah Support) senang hidup tak payah pening-pening.. hidup macam tak ada matlamat


ouke lah , yang nieh adalah beberapa kebaikan bermain guitar ,
nnty klau ada story lagy , akan d posting in my blog ,
xDD , byebye  ~ ~

No comments:

Post a Comment